Wednesday 30 May 2012

Koleksi soalan matematik tambahan tingkatan 4

Jawab semua soalan .


1 .  Selesaikan persamaan kuadratik.
    
     3x(x – 5) = (2 – x)(x + 1). Tulis jawapan anda betul kepada empat rangka
     Bererti.

2.  Persamaan kuadratik x(x + 2) = kx – 9 mempunyai dua punca nyata yang
     Berbeza.Cari julat nilai k.

3.  Bentukkan persamaan kuadratik yang mempunyai punca -5 dan 2/3. Beri
    Jawapan anda dalam bentuk ax ² + bx + c = 0, dengan keadaan a,b dan c
     Ialah pemalar.

4.  Selesaikan persamaan kuadratik x(3x – 7) = 4x – 1.Beri jawapan anda betul
     Kepada tiga tempat perpuluhan.

5.  Suatu persamaan kuadratik x ² + mx + 16 = 3x mempunyai dua punca nyata
     Yang sama.Cari nilai-nilai m yang mungkin.

6.  (a) Selesaikan persamaan kuadratik yang berikut:
          
          5x ² + 8x – 4 = 0
     
     (b) Persamaan kuadratik
         
          px ² + qx +(2q – 1) = 0,dengan keadaan p dan q ialah pemalar,
          mempunyai dua punca nyata yang sama.Ungkapkan p dalam sebutan q.

7.  Diberi bahawa -2 ialah salah satu daripada punca persamaan kuadratik
     x ² - 6x + k = 0.Cari nilai k.

8.   Persamaan kuadratik x ² + x = 4kx – 4k ² ,dengan keadaan k ialah pemalar,
      Mempunyai dua punca nyata yang berbeza.Cari julat nilai k.

9.   Persamaan kuadratik

      (3 – 2k)x ² - 4x + 1 = 0,dengan keadaan k ialah pemalar,mempunyai dua
      Punca nyata yang berbeza.Cari julat nilai k.

10. Diberi bahawa 1 ialah salah satu daripada punca persamaan kuadratik
      3x ² + x + p = 0.Cari
      (a) Nilai p
     (b) Punca yang satu lagi    

11. Punca persamaan kuadratik x² - 4x + m = 0 ialah k dan k + 2.Cari nilai k dan
     m.

12. Bentukkan persamaan kuadratik yang mempunyai punca 3 dan -2/5.Beri
     Jawapan anda dalam bentuk ax ² + bx + c = 0,dengan keadaan a,b dan c
     Ialah pemalar.

13. Selesaikan persamaan kuadratik.
    
     4x(x – 3) = (2x – 5)(x + 2).Beri jawapan anda betul kepada empat rangka
     Bererti.

14. Persamaan kuadratik
     
     x ² + 2(h + k)x + h ² + k ² - 5 = 0 mempunyai dua punca nyata yang sama.
     Ungkapkan h dalam sebutan k.

15. Diberi bahawa α dan β ialah punca persamaan kuadratik 2x ² - 3x + 5 = 0.
      Bentukkan persamaan yang mempunyai punca 2α dan 2β.

16. Diberi bahawa α dan 2α ialah punca persamaan kuadratik
      x² - (6k + 3)x + 8k² = 0.Cari nilai k dan α.

17. Cari nilai m bagi persamaan kuadratik 4x² - mx + (m – 4) = 0 yang
      Mempunyai dua punca nyata yang sama.

18. Diberi bahawa α  dan α – 1 ialah punca bagi persamaan kuadratik
      x² + 6x + k = 0.Cari nilai k.

19. Cari julat nilai m jika persamaan kuadratik (4m – 1)x² - 8mx + (4m + 3) = 0
      Mempunyai dua punca nyata yang berbeza.

20. Punca persamaan kuadratik.
  
      2x² + 3px + q – 2 = 0 ialah α  dan 2α.Tunjukkan bahawa p² = q – 2.

2 comments:

  1. assalamualaikum cikgu . saya dari sekolah menengah sains bagan datoh . saya nak tanya . kalau dia bagi nak punca (a)kuasa2 + (b)kuasa2, mcm mna kita nak buat kalau dah dapat HTP dan HDP ??? harap cikgu boleh tolong .. terima kasih

    ReplyDelete
  2. cikgu palauu...ajahhahahahqh

    ReplyDelete